bukan sayang pertama
Dia luaskan tangan nya
Dia hulur pelukan itu
bukan kasih pertama aku
Peluk dirinya
Mahu lebih lama
tapi aku takut
takut menangis
terbongkar semua dambaan kasih itu
kasih yang patut kasih keluarga
Sembunyi semua itu belakang senyuman
Mahu lama pelukan itu
Lemah diriku
takut menangis tanpa mampu berkata
berbicara lepaskan sedih sunyi
Masih anak kecil
sembunyi dalam luar tenang