Pages

Tuesday, June 15, 2010

Kamu

Rindu kamu
pernahkah ada aku?
Mahu pegang erat tangan kamu
dapatkah aku?
Mahu peluk lama kamu
bolehkah aku?
Mahu bersandar di bahu kamu
bisakah aku?
Mahu sentiasa ada disisi kamu
dayakah aku?
Mahu selalu dengar bicara kamu
layakkah aku?
Mahu terus ada untuk kamu
sempatkah aku?
Mampukah aku terus bertahan
dalam ciptaan aku untuk kamu semua
ada ruangkah aku senyum sebenarnya?

Thursday, June 10, 2010

Mungkin ini

Mungkin ini seharusnya berakhir terhenti
walau ini takkan usai
Mungkin seharusnya aku tak di sini
bersama kamu menunggu pagi tiba
Mungkin seharusnya tak terucap kata-kata
cukup aku atau kamu... tanpa kita
cukup kamu dengan dunia kamu
aku dengan harapan aku
tanpa kita
Mungkin aku salah tambatkan impian aku pada kamu
berikan ruangku untuk kamu
isikan langit aku dengan bintang kamu
penuhi perjalanan kamu dengan rindu aku
kamu tahu aku menyayangi kamu
akan selalu sayang kamu
aku tak perlu pembenaran kamu untuk itu
Dan jika...
jika aku salah
biarkan itu jadi kesalahan aku
bukan kamu
ini takkan pernah jadi kesudahan kamu
cukup aku
Mungkin itu mengapa
kita dipertemukan oleh sang waktu
juga mengapa aku tetap sayang kamu.

Thursday, June 3, 2010

Jauh

Jauh aku merindui kamu
Jauh aku sayangi kamu
Jauh aku maafkan kamu
Jauh aku melihat kamu
Jauh aku ingati kamu
Jauh aku dekat pada kamu.