Pages

Friday, May 6, 2011

aku lah itu

aku lah itu yang selalu bersalah
aku lah itu yang selalu memalukan
aku lah itu yang selalu bodoh tindakan
aku lah itu yang tidak pernah tahu membuat apa-apa kebaikan
aku lah itu yang selalu derhaka
aku lah itu yang tidak pernah tahu menjaga maruah
tidak pernah ada anak sebodoh aku
tidak pernah ada anak menyusahkan seperti aku


Sunday, April 10, 2011

Bagaimana?

Terharu kerana senyuman itu
Terpaku kerana bicara itu
Terpegun kerana spontan gerak itu
Bukan cinta
Tapi sayang itu
Soal bagaimana kamu dapat buat aku begini?

Thursday, March 10, 2011

Dia sahabatku

Mungkin bukan bersamaku
Mungkin masa untukku
Tenang kenangan ada denganku
Hanya dia
Ada ketika semua tiada
Yakin ketika semua tidak percaya
Jabat tangan hilang lemahku
Sentuhan hapus sedihku
Peluk lenyap sunyiku
Walau dia tak pernah tahu
Dia lihat lakon diri duniaku
Itu terbaik
Ake terus jalanku
Kerana dia sahabatku
Dia sayangku atas cintaku
Dia hidupku
Dia semangatku
Dia senyumku
Dan terus ada dia.

Wednesday, February 16, 2011

Kalau

Kalau betul, tak payah la tunjuk-tunjuk
Kalau salah, tak payah la bising-bising
Kalau ikhlas, tak payah la tanya-tanya
Kalau sayang, tak payah la marah-marah
Kalau rindu, tak payah la benci-benci
Kalau kata, tak payah la diam-diam
Kalau janji, tak payah la ingat-ingat
Kalau marah, tak payah la pusing-pusing
Buat bodo sudah.

Wednesday, January 19, 2011

Hanya kamu

Hampir aku kalah
mahu lebih lama dengan kamu
hanya mahu ada kamu
hanya mahu rasa di sisi
hanya mahu genggam sentuhan kamu
hanya mahu erat pelukan kamu
hanya mahu terus pegangan tangan kamu
tiada walau kamu tahu
betapa kamu dalam hidup aku

Tuesday, January 18, 2011

Kamu tanpa aku

Lupakan semua tentang aku
lepaskan segala ada aku
biarkan masa kita pergi
Jangan ada sedih kerna aku
tiada rindu untuk kamu
hilang cinta pada kamu
Kamu lebih baik tanpa aku
bukan untuk kita.