Pages

Sunday, January 31, 2010

Dan kerana

Dan kerana kamu sahabat aku
Aku ada waktu kamu perlukan
Dan kerana kamu sahabat aku
Aku cuba fahami waktu kamu keliru
Dan kerana kamu sahabat aku
Aku dekat waktu kamu dijauhkan
Dan kerana kamu sahabat aku
Aku diam waktu kamu dipuji
Dan kerana kamu sahabat aku.

Saturday, January 23, 2010

Selamat tinggal, sayang

Aku pegang lembut wajah dia sambil mendekatkan wajahku ke pipinya.
Dengan perlahan, aku kucup pipinya dan aku berkata "Sesungguhnya aku sangat sayang kamu. Pejamlah matamu dgn tenang. Selamat tinggal, sayang".
Air mata aku mengalir tanpa sedar dan aku memeluk dirinya.
Aku pejam mataku seketika dan aku kucup pipinya sekali lagi buat kali terakhir.
Lalu aku lepaskan pelukan aku dan aku lihat wajahnya dengan senyumannya yang tenang, dia pejamkan matanya buat kali terakhir.
Entah dari mana datang kekuatan dan ketenangan aku akur atas pemergiannya itu.